22.3 C
Malaysia
Tuesday, October 4, 2022

Zulin Aziz & Suami Berlepas Ke Tanah Suci Menunaikan Umrah Di Bulan Ramadhan

Kuala Lumpur: Pelakon, penyanyi dan pengacara, Zulin Aziz berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah buat pertama kali sebagai suami isteri bersama suaminya, Farhan [email protected]

Dalam hantarannya di Instagram, Zulin yang berangkat hari ini memohon doa agar perjalanannya bersama Farhan dipermudahkan.

“Saya dan suami akan berangkat ke Tanah Suci menunaikan umrah dan menjalani ibadah puasa di sana.

“Doakan urusan kami dipermudahkan dan selamat perjalanan pergi dan balik kami. Semoga mendapat umrah yang makbul, Insya-Allah,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, Zulin turut memuat naik gambar dia bersama suami ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Terdahulu, Zulin ketika ditemubual di majlis persandingannya berkata, umrah kali ini umpama mengimbau kenangan ketika dilamar oleh suaminya.

Zulin dan Farhan diijabkabulkan pada 20 Februari lalu selepas berkenalan selama dua tahun sebagai rakan kongsi perniagaan.

Sumber : Harian Metro

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
23,331
Total active cases
Updated on October 4, 2022 12:47 pm

Latest Articles

Skip to toolbar