20.9 C
Malaysia
Tuesday, September 20, 2022

Yah Kucai bangga terima Diploma Bahasa Inggeris di Konvo UPSI

PETALING JAYA – Pelakon filem 18 Puasa di Kampong Pisang, Afea Deanna Baharudean, 22, atau lebih dikenali Yah Kucai menerima Diploma Bahasa Inggeris pada Istiadat Konvokesyen ke-23 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) semalam.

Afea Deanna yang menerima diploma daripada Pro-Canselor Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom menzahirkan rasa syukur kerana berjaya menamatkan pengajiannya di universiti berkenaan.

“Alhamdulillah selesai juga pengajian saya di UPSI. Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada kedua ibu-bapa dan para pensyarah serta rakan-rakan yang banyak membantu pengajian saya di sini,” katanya.

Pelakon muda itu mengaku pada awalnya agak sukar untuk membiasakan diri dengan suasana bandar memandangkan dia dibesarkan dalam suasana kampung.

“Tambahan pula berjauhan dengan keluarga, namun sedikit demi sedikit saya belajar berdikari dan mula mencari kerja untuk membayar pengajian saya di sini,” katanya.

Tambah Afea, bukan mudah bahagikan masa belajar sambil bekerja, namun berkat kesabaran dan usaha dia berjaya menamatkan pengajiannya.

Afea memulakan kerjaya sebagai pelakon apabila bakatnya dicungkil Allahyarham Mamat Khalid semasa dia bekerja secara sambilan di restoran Sarang Art Hub milik arwah.

Menurutnya, fokusnya sekarang adalah untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana untuk merealisasikan hasrat kedua ibu bapanya yang mahu lihat dia jadi seorang pendidik anak bangsa.

“Bagaimanapun baru-baru ini saya dapat tawaran lakonan dalam sebuah siri sitkom televisyen yang akan bersiaran selama 13 episod.

“Mendapat peranan utama bernama Siti, seorang gadis gila-gila dan kelakar berjudul Kami Budak Flat arahan Mohd Zyrul Hafizi dan bakal diterbitkan RTM Julai nanti,” jelasnya.

MAfea turut menyatakan dia tidak menolak pelawaan jika diberikan peluang untuk beraksi di layar perak selepas ini.

“Terlalu banyak jasa Allahyarham Mamat Khalid yang bertanggungjawab membawa nama saya ke persada seni lakonan,” akhirnya.

Sumber : KOSMO! ONLINE

Dapatkan berita-berita terkini dan viral di page kami. Jangan lupa untuk menekan butang Subscribe, follow dan like di page rasmi kami :
Like : Facebook
Follow : Twitter
Subscribe : Youtube

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
25,083
Total active cases
Updated on September 20, 2022 1:28 am

Latest Articles

Skip to toolbar