24.1 C
Malaysia
Thursday, September 29, 2022

Xiaomi 12 256GB dengan harga RM2,599 – Promo code

Jika anda mencari telefon pintar kompak berkuasa tinggi, Xiaomi 12 adalah salah satu pilihan terbaik di Malaysia sekarang. Tetapi anda tahu apa yang lebih baik? Telefon pintar Xiaomi 12 dengan storan besar 256GB boleh dibeli dengan diskaun RM400 dari harga asal! Ia adalah harga promosi yang sama dengan Realme GT2 Pro dan Motorola Edge 30 Pro, peranti yang semuanya dikuasakan cip terhebat Snapdragon 8 Gen 1.

Xiaomi 12

Siri Xiaomi 12 baru sahaja dilancarkan di Malaysia bulan lepas dan model kecil dengan skrin 6.28-inci ini diletakkan harga rasmi RM2,899 untuk storan 128GB dan RM2,999 bagi storan 256GB. Salah satu pengedar Xiaomi di Sunway eMall, telah menyenaraikan Xiaomi 12 256GB dengan diskaun RM200, tetapi ada cara untuk anda membelinya dengan diskaun RM400.

Sunway eMall kini mengadakan promosi istimewa untuk Xiaomi 12 256GB, berjalan dari 4-10 April 2022,iaitu diskaun RM400 jika menggunakan kod promosi XIAOMI12. Apa yang anda perlu lakukan ialah, pergi ke laman web Sunway eMall dan daftar akaun percuma di sana. Buat pembelian Xiaomi 12 256GB dan sebelum membayar, masukkan kod XIAOMI12 dan harga RM2,599 akan dipaparkan. Ingat, kena ada akaun Sunway eMall baru boleh dapat diskaun ini.

Kos penghantaran adalah percuma dan anda juga akan menerima mata ganjaran Sunway Pals sebanyak 1,399.50 apabila membeli Xiaomi 12 256GB. Bayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit/debit, perbankan dalam talian serta eWallet seperti Boost, GrabPay dan Touch ‘n Go eWallet.

Spesifikasi Xiaomi 12

Xiaomi 12 adalah peranti kompak kelas flagship, memiliki kuasa Snapdragon 8 Gen 1, RAM LPDDR5 dan storan UFS 3.1. Tiada penggunaan RAM maya dan tiada juga slot kad mikroSD untuk meluaskan storan.

Badan kecilnya memiliki skrin berukuran 6.28-inci, jenis AMOLED HD Penuh dan kadar penyegaran adaptif 120Hz. Kaca Corning Gorilla Glass Victus melindungi lapisan luar dan pengimbas capjari pula terdapat di dalam skrin.

Sistem tiga kamera digunakan di belakang, gabungan kamera utama 50MP F1.88, kamera ultra lebar 13MP F2.4 dan kamera telemakro 5MP dengan autofokus. Tiada kamera telefoto. Di hadapan pula menggunakan kamera 32MP F2.45 yang terletak di dalam lubang di dahi skrin.

Bateri berkapasiti besar, 4,500mAh dipasang ke dalam telefon ini. Xiaomi menyatakan, ia adalah kapasiti bateri paling padat dimuatkan di dalam telefon yang sangat kompak. Tenaga mengecas yang tinggi turut disokong, sehinga 67W berwayar dan 50W wayarles.

Sistem bunyi stereo menerusi dwi speaker yang menembak ke tepi, digunakan pada Xiaomi 12. Ia juga ditala oleh pakar bunyi antarabangsa, Harman Kardon dan menyokong sistem bunyi sekeliling Dolby Atmos.

Terdapat tiga warna ditawarkan untuk Xiaomi 12 di Malaysia iaitu kelabu, ungu dan biru. Sistem operasi terbaru MIUI 13 berasaskan Android 12 dipasang pada Xiaomi 12. Ini menjadikan ia dijamin menerima kemaskini OS sehingga Android 15.

Sumber : Soya Cincau / Paanhanztech

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
24,713
Total active cases
Updated on September 29, 2022 11:59 am

Latest Articles

Skip to toolbar