22 C
Malaysia
Wednesday, December 6, 2023

Will Smith meletak jawatan

Pelakon Will Smith, 54, meletak jawatan dari Akademi Seni dan Sains Motion Picture selepas insiden menampar pelawak Chris Rock pada anugerah Oscar hujung minggu lalu.

Menurut Smith, dia amat kesal dengan tindakannya yang nyata tidak beradab itu sehingga mencetuskan perdebatan di seluruh dunia. 

“Saya akan bertanggungjawab sepenuhnya atas perbuatan itu. Tindakan saya ketika penyampaian Anugerah Akademi ke-94 adalah mengejutkan, menyakitkan dan tidak boleh dimaafkan,” katanya.

Smith juga terkilan kerana insiden menampar Rock itu lebih menjadi bualan berbanding pemenang yang harus diraikan pada anugerah berprestij tahunan itu.

“Saya mengkhianati amanah Akademi. Saya menutup peluang calon dan pemenang lain untuk meraikan dan diraikan kerana pencapaian luar biasa mereka,” katanya.

Lembaga pengelola Akademi mengadakan mesyuarat tergempar minggu ini bagi memulakan proses semakan rasmi, dengan kemungkinan Smith berdepan penggantungan atau penyingkiran.

Meskipun sudah meletak jawatan, Akademi masih boleh menarik semula trofi Oscar kemenangannya menerusi watak Raja Richard.

Smith akui sedia terima apa juga keputusan Lembaga Akademi selepas ini.

Pada acara, pelakon terbabit menampar Rock selepas tersinggung dengan jenaka pelawak itu mengenai isterinya, Jada Pinkett Smith.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 5, 2023 7:17 pm

Latest Articles

Skip to toolbar