31.7 C
Malaysia
Saturday, May 27, 2023

WHO gantung bekalan Covaxin

Geneva: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggantung bekalan vaksin Covid-19, Covaxin, yang dihasilkan oleh syarikat India, Bharat Biotech, untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Langkah itu bagi membolehkan pengilang menaik taraf kemudahan dan menangani kekurangan yang dikesan ketika pemeriksaan dilakukan.

WHO meminta negara-negara yang sudah menerima vaksin berkenaan supaya mengambil tindakan sewajarnya namun tidak menyatakan dengan jelas apakah langkah-langkah berkenaan.

Menurut WHO, vaksin itu berkesan dan tiada kebimbangan keselamatan wujud tetapi penggantungan pengeluaran untuk eksport akan mengakibatkan gangguan pada bekalan Covaxin.

Penggantungan itu sebagai tindak balas terhadap hasil pemeriksaan penyenaraian penggunaan kecemasan (EUL) WHO yang dijalankan dari 14 hingga 22 Mac lalu.

Pembuat vaksin sudah menyatakan komitmennya untuk menggantung pengeluaran Covaxin untuk dieksport.

Bagaimanapun, Bharat Biotech gagal dihubungi untuk memberikan sebarang penjelasan mengenai perkara itu.

Jumaat lalu, pengeluar vaksin itu menyatakan ia memperlahankan pengeluaran Covaxin kerana permintaan merosot bersama dengan kemerosotan jangkitan dan perlindungan vaksinasi yang lebih luas.

WHO berkata, syarikat itu komited untuk menangani kekurangan GMP dan sedang membangunkan pelan tindakan pembetulan dan pencegahan untuk diserahkan kepada Ketua Pengawal Ubat-Ubatan India (DCGI) dan WHO.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
19,122
Total active cases
Updated on May 27, 2023 8:12 am

Latest Articles

Skip to toolbar