24.8 C
Malaysia
Tuesday, October 4, 2022

Watak tersirat Pok Ya Cong Codei

Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti (Minggu Akhir) ‘Muda Primula membantai Jering’

FENOMENA drama bersiri 16 episod yang disiarkan baru-baru ini, Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti ternyata mengubat rindu penonton drama Melayu dengan naskhah berkualiti tinggi.

Tidak seperti kebiasaan dan hukum drama Melayu yang hanya menyajikan watak datuk, datin, tan sri dan puan sri yang mempunyai kekayaan luar biasa.

Dengan mempertaruhkan pelakon-pelakon yang tidak mempunyai jutaan pengikut di media sosial, ternyata Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti arahan Sabri Yunus tetap menunjukkan taringnya.

Ternyata ada dakwaan stesen televisyen yang menyifatkan bagi melariskan drama atau telefilem, naskhah itu perlu dilakonkan oleh pelakon yang mempunyai pe­ngikut yang ramai adalah salah.

Sabri Yunus telah membuktikan bahawa setiap naskhah seni itu perlu mempunyai ‘kejujuran’ dan wacana di dalamnya yang boleh dibincangkan.

Apa yang terkandung dalam naskhah Pok Ya Cong Codei kali ini mungkin secara kebetulan mahupun memang telah dirancang oleh sutradaranya sememangnya ada ‘benda’ menarik yang dapat diulas lanjut.

Bukan sekadar hiburan dan bukan hanya menunjukkan watak samseng tua dari kampung, sebenarnya watak Pok Ya adalah satu watak tunjang mewakili seorang ‘pemimpin politik tua’.

Telah dibuktikan bagaimana Pok Ya yang masih laku air liur­nya menyelesaikan beberapa kesulitan yang ada sepanjang perjalanan mencari isterinya Siti di Kuala Lumpur.

Sifat kepimpinannya terserlah apabila dapat mengarahkan sesiapa sahaja dalam kalangan anak buahnya untuk membuat satu-satu kerja permintaannya.

Namun, dalam kehebatannya itu, dia sendiri tidak dapat membendung beberapa perpecahan yang berlaku dalam kalangan pengikutnya seperti dibuktikan oleh watak Halim dan Nasir.

Paling penting apabila telah dibuktikan kehebatan dan kuasanya hanya di Kelantan serta kawasannya sahaja, Kuala Lumpur adalah bukan gelanggang pertarungannya.

Walaupun pernah hebat, namun nasihat serta pandangan daripada pengikut serta kena­lannya tetap diambil peduli dan segala kekusutan yang dialami hampir diselesaikan.

Namun, kejayaan pertemuan Pok Ya dan isterinya Siti hanya berlaku pada bantuan orang lain iaitu Muda Primula dan Halim sendiri yang mengatur perjalanan dan plot pencarian.

Begitu jugalah dalam realiti politik, jika dilihat kepada watak ‘pemimpin politik tua’ yang masih menunjukkan kehebatan lama, pada dasarnya kerja politik ketika ini bukan lagi gelanggang serta pentas untuk dirinya.

Ternyata bantuan serta nasihat pengikut dan anak buah selain daripada doa kepada yang Esa adalah senjata utama kepada setiap kejayaan.

Sabri Yunus ketika bercerita mengenai watak Pok Ya yang di­ciptanya menjelaskan, Pok Ya adalah satu watak Melayu kampung dan sangat manusia.

“Pok Ya bukan bersifat superhero, dia bukan Batman, Superman, Rambo, Hang Tuah. Itu semua watak yang diherokan secara sangat dahsyat, Pok Ya adalah gabungan watak benar yang saya kenali dan gauli.

“Mereka manusia biasa yang sama seperti kita, cuma ada beberapa sikap dan sifat yang tidak sama, Pok Ya rupanya banyak ­ruang untuk watak-watak lain turut bersilat, watak-watak yang boleh beriring dengan watak kemelayuan Pok Ya,” ujarnya.

Sumber : KOSMO! ONLINE

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
23,331
Total active cases
Updated on October 4, 2022 2:11 am

Latest Articles

Skip to toolbar