21.8 C
Malaysia
Sunday, June 11, 2023

Warga Bangladesh ceroboh masuk tadika ditahan

Banting: Ceroboh masuk tadika di Telok Panglima Garang di sini, hingga menimbulkan ketakutan kepada guru dan murid.

Itu tindakan seorang lelaki warga Bangladesh Jumaat lalu, sebelum kejadian berkenaan tular di media sosial semalam.

Ketua Polis Kuala Langat Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, lelaki berusia 23 tahun itu bagaimanapun berjaya ditahan sekitar kawasan Taman Pahlawan, di sini, jam 10.30 malam tadi, susulan laporan polis dibuat guru tadika berkenaan Jumaat lalu.

Menurutnya, semasa tangkapan dibuat, suspek gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan hasil soal siasat awal mengesyaki lelaki itu mempunyai masalah kesihatan mental.

“Suspek direman selama empat hari dan kini ditahan di lokap Balai Polis Banting Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM3000, jika disabit kesalahan,” katanya tadi.

Sebelum ini tular di media sosial memaparkan seorang lelaki dipercayai warga asing menceroboh masuk sebuah tadika di Telok Panglima Garang di sini.

Suspek bagaimanapun ditangkap dan dihalau beberapa lelaki dari dalam premis itu.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
17,316
Total active cases
Updated on June 11, 2023 1:11 am

Latest Articles

Skip to toolbar