21.8 C
Malaysia
Sunday, June 11, 2023

Warga asing ditembak selepas merempuh polis

Polis melepaskan tembakan ke arah tayar kereta dipandu lelaki warga asing selepas cuba dirempuh di Jalan Sungai Buloh menghala Subang dekat Kota Damansara, Petaling Jaya, semalam.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, suspek berusia 40 tahun meloloskan diri dengan memecut Proton Wira Aeroback meninggalkan lokasi kejadian sebelum dikejar dan ditahan polis di kawasan Bandar Pinggiran Subang, Shah Alam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood, berkata suspek ditahan dengan bantuan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Polis Petaling Jaya dan Unit Kereta Peronda (MPV) Polis Sungai Buloh.

“Turut dirampas kereta suspek bagi membantu siasatan. Sebelum itu, anggota polis menahan kereta suspek kerana berada dalam keadaan mencurigakan di Damansara.

“Ketika polis mahu membuat pemeriksaan, suspek memecut kenderaan dan cuba merempuh anggota terbabit. Lelaki itu berjaya melarikan diri dan dikejar kereta peronda polis. Hasil hebahan polis, kita menahan suspek di Shah Alam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Suspek direman empat hari mengikut Seksyen 307 dan 188 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 26 (2) Akta Polis 1967 serta Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63.

Ia masing-masing kerana cubaan bunuh polis, ingkar perintah polis ketika ditahan untuk pemeriksaan, melarikan diri dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri serta perjalanan sah.

Semalam, sebuah video berdurasi seminit 14 saat tular di media sosial memaparkan kejadian sebuah MPV polis mengejar kereta di sebuah kawasan perumahan.

Pemandu kereta itu kemudian dilihat menghentikan kenderaan sebelum keluar berlari dan dikejar polis hingga berjaya ditahan.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
17,316
Total active cases
Updated on June 11, 2023 12:10 am

Latest Articles

Skip to toolbar