27 C
Malaysia
Friday, June 2, 2023

Waran tangkap gagal diserah kerana Norjuma ‘hilang’

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap usahawan selebriti Norjuma Habib Mohamed.

Arahan itu dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Yasmin Abdul Razak berikutan Norjuma gagal memberi kerjasama sejak permulaan kes dan juga kerana menghina mahkamah atas ingkar perintah yang ditetapkan.

Bagaimanapun peguam mewakili Fame Up Entertainment, Muhammad Hassanuddin Roslan memaklumkan, pihaknya gagal menyerahkan waran tangkap itu selepas Norjuma tidak berada di kediamannya hari ini.

“Mungkin selepas ini kita akan menyerahkan waran tangkap itu ke pihak polis bagi membantu mengesan Norjuma dan menahannya,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Hassanuddin berkata, pihaknya akan memohon tarikh baru bagi permohonan waran tangkap terhadap Norjuma.

Terdahulu, Fame Up Entertainment memfailkan dua saman fitnah terhadap selebriti itu sejak 2019 dan 2020 berikutan penyebaran fitnah terhadap syarikat berkenaan sekitar 2018 hingga 2020.

Sumber : Free Malaysia Today

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
18,510
Total active cases
Updated on June 2, 2023 8:16 am

Latest Articles

Skip to toolbar