22.3 C
Malaysia
Tuesday, October 4, 2022

Wanita ditikam suami trauma setiap kali nampak kelibat lelaki

TUMPAT: Wanita yang menjadi mangsa ditikam suami hingga parah di Chabang Empat di sini, Selasa lalu, kini trauma dan ketakutan setiap kali melihat lelaki yang lalu lalang di depan katil hospitalnya.

Kakaknya yang dikenali sebagai Nik,34, berkata adiknya yang dirawat di wad biasa selepas dipindahkan dari Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, menyangka kelibat lelaki itu adalah suaminya, malah dia juga akan meracau setiap kali mahu memejamkan mata untuk tidur.

“Adik saya ketakutan hampir sepanjang masa termasuk ketika mahu tidur. Setiap kali dia cuba pejamkan mata untuk lelap, dia akan meracau dan jika saya mengejutkannya, dia akan segera memberitahu ‘kak..takut kak’ seolah-olah masih terbayang peristiwa dia ditikam suami,” katanya.

Nik berkata, adiknya yang berusia 26 tahun itu dipindahkan ke wad biasa petang semalam.

“Satu daripada dua jari tangannya putus kerana ditetak dan mungkin tidak dapat diselamatkan disebabkan sudah kehitaman, manakala satu lagi sempat disambung.

“Balutan di kepalanya juga sudah dibuka dan luluh hati saya melihat banyak kesan jahitan di sekeliling kepalanya, malah terdapat juga beberapa kesan tikaman di bahagian belakang badannya.

“Sejak dipindahkan keluar ICU semalam, tidurnya tidak lena kerana mengadu sakit dan jika terlelap sekalipun, dia kerap meracau disebabkan trauma dengan kejadian petang Selasa lalu,” katanya kepada BH, semalam.

Nik yang juga ibu tunggal dan memiliki dua anak masih kecil berkata, buat masa sekarang hanya dia yang menjaga mangsa di hospital memandangkan ibunya yang turut menjadi mangsa tikaman masih belum pulih sepenuhnya.

Dalam kejadian jam 6.35 petang Selasa lalu, suspek berusia 27 tahun bertindak menikam isteri dan ibu mentuanya berusia 60-an dipercayai akibat perselisihan faham.

Suspek yang bekerja sebagai pemandu lori ditahan di Lembah Sireh, Kota Bharu pagi Rabu lalu apabila pihak berkuasa menerima maklumat berkaitan suspek menyembunyikan diri di lokasi itu.

Suspek yang memiliki empat rekod lampau ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan (KK) kerana menceroboh bangunan (lokasi suspek bersembunyi) dan Seksyen 326KK kerana mendatangkan kecederaan kepada mangsa.

Sumber : berita Harian

Dapatkan berita-berita terkini dan viral di page kami. Jangan lupa untuk menekan butang Subscribe, follow dan like di page rasmi kami :
Like : Facebook
Follow : Twitter
Subscribe : Youtube

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
23,331
Total active cases
Updated on October 4, 2022 1:51 pm

Latest Articles

Skip to toolbar