25.7 C
Malaysia
Friday, September 30, 2022

Wanita ditahan selepas menjual anak lontong

Seorang wanita ditahan selepas kesan menjual seekor anak lotong pada harga RM1,000 melalui media sosial.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, kegiatan itu dibongkar selepas empat anggota Perhilitan Wilayah Persekutuan melakukan serbuan di sebuah kediaman di Kampung Kerdas, Gombak, Selangor.

Menurutnya, serbuan jam 5.15 petang Selasa lalu, dilakukan selepas pihaknya melakukan risikan terhadap aktiviti penjualan hidupan liar dilindungi melalui atas talian dan media sosial.

“Berdasarkan maklumat dikumpul, kami memeriksa kediaman itu sebelum menemui seekor anak Lotong Cengkong ( Dusky Leaf Monkey ) yang dipakaikan lampin pakai buang.

“Seorang wanita tempatan berusia 20-an yang memiliki haiwan itu disoal siasat namun gagal menunjukkan lesen atau apa-apa dokumen kebenaran menyimpan atau menjual hidupan liar itu,” katanya.

Difahamkan wanita itu bekerja sebagai peniaga dan siasatan masih dilakukan bagi mengesan pasti bagaimana anak lotong itu diperolehi.

Susulan itu haiwan berkenaan dirampas dan dibawa ke Pejabat Perhilitan Wilayah Persekutuan untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 60(1)(a) iaitu menyimpan hidupan liar yang dilindungi tanpa suatu lesen melakukan suatu kesalahan yang boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

“Suspek turut boleh didakwa mengikut Seksyen 63 iaitu menjalankan urusan berniaga atau perniagaan tanpa suatu lesen yang boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
25,174
Total active cases
Updated on September 30, 2022 1:29 am

Latest Articles

Skip to toolbar