Telefon yang diambil oleh pencuri yang berlakon sebagai wanita itu disimpan di dalam seluar dalam miliknya.
Zaman sekarang ini kalau pergi mana-mana, memang kena sentiasa berwaspada dengan orang sekeliling kita. Muka nampak baik, tapi hati siapa tahu mungkin ada niat yang tidak elok.
Macam-macam kes yang kita dengar sejak kebelakangan ini dan boleh dikatakan kebanyakan mangsa adalah wanita terutamanya ketika menaiki e-hailing.
Kes lelaki masuk surau perempuan pula.
Menerusi perkongsian oleh seorang pengguna Twitter (sjnrdn), wanita ini berkongsi kisah ‘menyeramkan’ ketika sedang menunaikan ibadah solat di surau di sebuah pusat membeli-belah.
Kisahnya bermula apabila salah seorang wanita di dalam surau itu kehilangan telefonnya ketika sedang solat. Namun, mereka mengesyaki seorang ‘kakak’ bertelekung merah jambu yang berkelakuan agak pelik.
Mana tidaknya, dia dikatakan menunaikan solat sunat dua rakaat daripada 4PM sehingga 6PM kononnya sementara menunggu masuk waktu maghrib. Kalau diikutkan dari segi hukum, umat Islam dilarang untuk melakukan sebarang solat selepas waktu asar.
Tidak lama selepas itu, ‘kakak’ tersebut telah ditangkap oleh pihak pengurusan dan agak terkejut rupa-rupanya individu itu adalah lelaki kerana mengeluarkan suara jantan ketika mendengus marah.
Lebih mengejutkan lagi, telefon bimbit yang dicuri itu disimpan di dalam seluar dalam miliknya manakala kad sim pula dicampak ke tempat simpanan telekung.
Katanya sekali tengok, memang nampak macam perempuan kerana muka ditutupi dengan mekap.
Netizen kongsi pengalaman hampir sama
Salah seorang netizen juga berkongsi pengalamannya dan merasakan individu yang terlibat dalam kes di dalam surau itu adalah sama dengan kejadian berlaku apabila dia kehilangan kad bank.
Pengguna Twitter ini (bb sasa) turut berkongsi wajah lelaki berkenaan. Sekali tengok memang macam perempuan!
Sementara itu, banyak lagi kejadian hampir sama berlaku di beberapa surau lain yang dikongsikan oleh netizen.

Wanita mula takut nak solat di surau
Kejadian yang dikongsikan oleh pengguna Twitter ini telah menimbulkan rasa takut dalam diri para wanita di luar sana untuk menunaikan ibadah solat apabila di luar rumah.

Kepada para wanita di luar sana, kena lebih berhati-hati dan jaga barangan peribadi dengan sebaik mungkin. Tak ada orang yang nak terjadinya perkara buruk kepada diri mereka tetapi ambillah langkah berwaspada okay?
Kalau boleh bawa sekali alat untuk keselamatan diri seperti pisau lipat, penyembur lada dan sebagainya untuk mempertahankan diri sekiranya berlaku perkara tidak diingini.
Sumber : The Rakyat Post
Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter