25.8 C
Malaysia
Monday, September 19, 2022

Wanita Dakwa Ditipu Safiey Ilias Beli Beg Tangan Mewah Tiruan

Seorang wanita dikenali sebagai Syara Abdullah mendakwa dirinya ditipu usahawan kosmetik sensasi, Safiey Ilias dalam satu urus niaga membeli beg tangan terpakai atau preloved.

Menerusi pendedahan di laman Facebook baru-baru ini, dia tidak menyangka akan menjadi mangsa penipuan usahawan terbabit memandangkan Safie seorang yang ‘berduit’.

Menurut Syara, ada sahaja alasan diberikan usahawan itu selepas dia melakukan pemindahan wang RM4,500 bagi pembelian produk berjenama antarabangsa, Christian Dior.

Syara kemudian mengambil keputusan untuk mengambil sendiri beg itu dengan ditemani suaminya di kediaman Safie di Desa Melawati, Kuala Lumpur tetapi kelibatnya tidak kelihatan.

Sedar menjadi mangsa penipuan, mangsa terus membuat laporan di Balai Polis Gombak, selain menganggap bukan rezekinya untuk memiliki beg mewah berkenaan.

Sementara itu, warga Twitter juga mengupas topik sama sementelah individu bernama @melorsofia menyeru orang ramai agar berwaspada dan apabila berurus niaga dengan pengasas produk kecantikan tersebut.

Sumber : BOOM!

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
25,611
Total active cases
Updated on September 19, 2022 8:58 am

Latest Articles

Skip to toolbar