21.7 C
Malaysia
Thursday, May 25, 2023

Wanita cedera parah tercampak keluar dari kereta terbabas

SHAH ALAM: Seorang wanita parah selepas tercampak dari tempat duduk belakang sebuah kereta dalam kemalangan di Kilometer 3.7, Jalan Setia Alam menghala ke Setia City Mall, dekat sini, hari ini.

Difahamkan, wanita berusia 27 tahun itu tercampak selepas kereta yang turut dinaiki tiga individu lain itu terbabas dan melanggar penghadang jalan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata ketika kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, pemandu dan dua lagi penumpang kenderaan hanya cedera ringan.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 11.15 pagi.

“Kemalangan membabitkan sebuah kereta dipandu seorang wanita berumur 24 tahun bersama tiga penumpang iaitu seorang lelaki dan dua wanita yang masing-masing berusia 22 dan 27 tahun.

“Difahamkan, kenderaan dinaiki empat rakan itu hilang kawalan dan terbabas lalu melanggar penghadang jalan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, tiga mangsa yang cedera ringan berjaya keluar sendiri dari kereta manakala mangsa yang tercampak ditemui dalam keadaan separuh sedar.

Katanya, kesemua mangsa kemudian diberikan rawatan awal oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan lanjut.

Sumber : Berita Harian

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
19,122
Total active cases
Updated on May 24, 2023 8:06 pm

Latest Articles

Skip to toolbar