22 C
Malaysia
Wednesday, December 6, 2023

Wajah Siti Nurhaliza menghiasi New York Times Square

Selepas wajah Yuna, Layla, Sania, Dolla, Iman Troye dan Vanessa Reynauld, kini tiba pula giliran wajah penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza menghiasi papan iklan digital gergasi di Times Square, New York, Amerika Syarikat

Penampilan penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu itu adalah sebahagian daripada kempen Equal oleh wadah penstriman digital tersohor dunia, Spotify.

Equal adalah program peringkat global oleh Spotify yang memupuk kesamaan wanita dengan memaparkan artis wanita daripada seluruh dunia.

Meluahkan kesyukuran atas penghormatan itu, Siti berkata, kemunculan wajahnya di papan iklan terkenal itu adalah satu pengalaman paling indah selepas lebih 25 tahun menimba pengalaman dalam bidang seni.

“Selepas begitu banyak kemanisan yang dikecapi dalam industri muzik, ini juga antara kenangan terindah buat saya.

“Alhamdulillah, saya bersyukur atas penghormatan ini. Melihat wajah terpampang di salah satu lokasi popular dunia umpama mimpi menjadi nyata.

“Saya teramat bersyukur diberikan peluang seperti beberapa penyanyi tempatan lain yang terlebih dahulu mendapat kesempatan ini,” katanya.

Siti berkata, dia akan terus memenuhi harapan peminat dengan menghasilkan lebih banyak karya hebat.

“Saya berharap ini akan menjadi inspirasi kepada ramai anak gadis agar terus berusaha dan tidak berhenti mengejar impian.

“Siapa sangka gadis berasal dari pekan kecil seperti saya dapat mengecap pelbagai kejayaan di peringkat tempatan dan antarabangsa.

“Saya pasti, siapa pun boleh mengecap kejayaan jika tidak berhenti berusaha,” katanya.

Sebanyak 35 senarai lagu Equal membabitkan artis daripada 50 negara. Siti Nurhaliza adalah salah seorang wakil bagi senarai lagu Equal Malaysia dan Singapura.

Selain itu, terdapat juga senarai Lagu Terbaik Global Equal yang menyenaraikan penyanyi Equal mewakili muzik dari artis sejagat seluruh dunia.

Sumber : Berita Harian

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 5, 2023 6:16 pm

Latest Articles

Skip to toolbar