21.9 C
Malaysia
Wednesday, September 27, 2023

Virus cacar monyet dikesan di Britain

LONDON – Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA) memaklumkan bahawa seorang warga di England telah dijangkiti penyakit cacar monyet, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Pesakit itu baru-baru ini telah melakukan perjalanan dari Nigeria di mana dia disyaki mendapat jangkitan tersebut sebelum mengembara ke Britain, kata UKHSA.

Pesakit berkenaan sedang menerima rawatan di unit pernyakit berjangkit di Guy’s and St Thomas’ NHS Foundation Trust, London.

Cacar monyet adalah jangkitan virus yang jarang berlaku dan membunuh satu daripada 10 orang yang dijangkiti tetapi tidak mudah merebak melalui manusia.

Kes itu adalah yang ketujuh direkodkan di Britain dan merupakan satu-satunya kes yang ditemui sejak dua kes telah dikenal pasti di Wales Utara pada 2021.

Jangkitan virus cacar monyet boleh merebak apabila seseorang menjadi kontak rapat kepada pesakit yang dijangkiti. Bagaimanapun, risiko penularan adalah rendah dalam kalangan orang awam.

Jurucakap kerajaan berkata, sebagai langkah berjaga-jaga, pakar-pakar UKHSA sedang bekerjasama dengan rakan sekerja Perkhidmatan Kesihatan Negara (NHS) untuk mengesan kontak rapat pesakit berkenaan bagi memberikan maklumat dan nasihat kesihatan.

Gejala awal cacar monyet termasuk demam, sakit kepala, sakit otot, sakit belakang, kelenjar bengkak, menggigil dan keletihan.

Sumber : Kosmo

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
11,212
Total active cases
Updated on September 26, 2023 7:29 pm

Latest Articles

Skip to toolbar