21.4 C
Malaysia
Tuesday, October 4, 2022

Video tutorial pakai shawl Izara Aishah dapat lebih 3.9 juta tontonan di Tiktok

Kuala Lumpur: “Assalamualaikum warga shawl. Nak tanya korang (anda), siapa tahu ‘tutorial’ pakai shawl macam Izara (Izara Aishah) ni? Isteri aku kata nak pakai gaya ni raya nanti. Sudah dua hari dia cari ‘tutorial’ tak jumpa sampai ‘badmood’. Demi isteri tercinta, tolong bantu saya.”

Itu ciapan seorang warganet yang menggunakan akaun @luqman_kaka dengan niat mahu menggembirakan hati isterinya yang ingin menggayakan tudung seperti Izara Aishah hingga mendapat perhatian pelakon itu.

Menerusi hantaran di TikTok, Izara ‘menghadiahkan’ video tutorial cara menghasilkan gaya tudung yang dikenakan.

Menurut Izara, 30, dia tersentuh dengan cara lelaki itu yang mana mahu memuaskan hati isteri tercinta.

“Jumpa satu tweet seorang suami ini. Dia nak bagi isteri gembira. Dia ada memuat naik gambar saya ketika sesi fotografi menggayakan shawl ini. Katanya isteri cari ‘tutorial’ pakai tudung ni, tapi tak jumpa.

“Saya ini memang lembut hati sangat apabila seorang suami nak ‘please’ isteri dia dan bahagiakan. Saya pun tunjuk dan harap ia boleh buat isteri dia gembira,” katanya.

Video tutorial berdurasi lebih tujuh minit yang dimuat naik sejak tiga hari lalu itu mencecah tontonan 3.9 juta, lebih 546,000 tanda suka, 12,000 komen dan 27,000 perkongsian semula.

Sumber : Harian Metro

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
23,331
Total active cases
Updated on October 4, 2022 1:11 am

Latest Articles

Skip to toolbar