23 C
Malaysia
Friday, May 26, 2023

Vettel didenda akibat menunggang skuter dalam trek

Melbourne: Sebastian Vettel didenda sebanyak €5,000 akibat RM22,957 selepas melanggar peraturan menunggang skuter di trek di Grand Prix (GP) Australia.

Juara dunia empat kali itu menaiki skuter untuk kembali pulang ke paddock selepas jentera Aston Martin yang dipandunya sebelum itu rosak, di sesi latihan pertama di Albert Park.

Pelumba berusia 34 tahun itu kelihatan menunggang dengan keadaan santai di dalam trek sambil tersenyum dan melambai tangan kepada penonton tatkala jentera lain sudah kembali ke pit.

Ada satu ketika dia juga kelihatan sengaja melepaskan tangannya tanpa memegang handal skuter terbabit.

“Ini adalah pengakhiran paling ikonik sesi latihan yang boleh kita terkenang nanti,” jelas akaun Twitter rasmi Formula Satu (F1).

Bagaimanapun, badan induk Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) memandang serius perkara berkenaan dan mendapati Vettel melanggar peraturan sukan berkenaan ‘yang melarang sesiapa berada di trek dalam tempoh lima minit selepas tamat sesi, kecuali kakitangan yang dikenal pasti secara khusus.

Ia bukan permulaan hujung minggu yang Vettel inginkan selepas terlepas dua perlumbaan pembukaan musim ini akibat Covid-19.

Sumber : Harian Metro

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
19,122
Total active cases
Updated on May 25, 2023 4:12 pm

Latest Articles

Skip to toolbar