22.6 C
Malaysia
Thursday, September 29, 2022

Vellfire dihimpit bas sebab halang laluan

https://youtu.be/25FeynNR9Rs

Tular di media sosial video memaparkan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire dihimpit bas sehingga menyebabkan kerosakan pada bahagian sisi kenderaan terbabit.

Menerusi perkongsian asal oleh @ayin8686 itu, kejadian tersebut dikatakan berlaku di sebuah pusat beli-belah di ibu kota baru-baru ini.

Semalam, video tersebut sekali lagi tular di Twitter selepas dimuat naik oleh portal Isu Semasa Viral dengan memaklumkan punca kejadian disebabkan pemandu MPV terbabit meletakkan kenderaan di ruangan larangan parkir sehingga menghalang laluan pengguna lain.

“Puas hati tengok video ini, ini makan dia kalau suka parkir ikut suka hati sampai menyusahkan orang lain.

“Harap pakai kereta besar tapi otak langsung tak berfungsi,” ciapnya.

Perkongsian tersebut telah menerima pelbagai reaksi orang ramai dan rata-ratanya berpuas hati dengan insiden yang berlaku itu.

“Nasib baik bas, kalau lori kontena ke mahu jadi kancil dibuatnya, kalau aku la, bawa lori simen, tuang atas kereta, nak parkir sangat tempat dilarang parkir,” ciap @husbandnakal.

“Bagus kena macam ini, biar beringat sikit pada pemandu yang suka susahkan orang lain, ingat jalan dia boleh parkir suka hati, tepuk tangan aku tengok insiden macam ini,” ujar @matayen99.

Sumber : KOSMO! ONLINE

Dapatkan berita-berita terkini dan viral di page kami. Jangan lupa untuk menekan butang subscirbe, follow dan like di page rasmi kami :
Like : Facebook
Follow : Twitter
Subscribe : Youtube

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
24,713
Total active cases
Updated on September 29, 2022 2:11 pm

Latest Articles

Skip to toolbar