23.1 C
Malaysia
Monday, October 3, 2022

Upah potong ayam ikut kilogram. Cincang sendiri di rumah kalau tak mampu

DALAM situasi ekonomi yang tidak menentu, kenaikan harga barang sudah pasti menjadi kebimbangan utama masyarakat kita.

Pada Ahad, tular satu resit pembelian di laman Facebook yang memaparkan harga upah potong ayam di sebuah kedai yang dianggap tidak masuk akal.

Berdasarkan foto yang dikongsi, pelanggan tersebut membeli udang putih seberat 1.27 kilogram (kg) dengan harga RM44.63.

Selain itu, dia turut membeli seekor ayam segar seberat 4.06kg dengan harga RM36.18.

Apa yang mengejutkan, kedai tersebut mengenakan caj RM1 bagi setiap kilogram ayam yang dibeli pelanggannya.

Dalam resit itu, pelanggan tersebut dikenakan upah potong sebanyak RM4.06 untuk ayam seberat 4.06kg yang dibelinya.

Berdasarkan maklumat pada resit, kejadian itu berlaku pada Khamis lalu di sebuah kedai di Sungai Besar, Selangor.

Salinan resit berkenaan dikongsi di laman Facebook Viral Media Johor pada Ahad dengan kapsyen “upah potong ayam ikut kilo rupanya” sehingga menerima ratusan komen netizen.

Menurut netizen, mereka terkejut dengan caj yang dikenakan dan berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan ke atas premis berkenaan.

“Yang ni saya percaya. Mak saudara saya minggu lepas dia beli ayam lima ekor. Upah potong RM10.

“Nampak dekat resit tulis Sungai Besar. Kedai mana la agaknya? Sekilo seringgit, kalau berat ayam 45kg, maksudnya upah RM45?

“Hari tu saya pun kena macam ni. Ayam 1kg RM8.90. Upah potong RM2.60 setiap 1kg.

“Beli tadi dah ada caj perkhidmatan potong ayam pula dah RM2.60. Sebelum ni mana ada.

“Memang gilalah sekarang ni. Cincang ayam pun ikut kilo. Aduhai kesian mereka yang anak ramai dan gaji kecil.

“Akan datang upah turun ayam dari lori pun ada,” tulis seorang lagi netizen berseloroh.

Dalam pada itu, beberapa netizen turut memberi cadangan agar pembeli memotong sendiri ayam di rumah untuk menjimatkan kos, sekali gus menyekat sikap tamak peniaga.

Pada masa sama, ada yang merasakan wajar dikenakan caj itu memandangkan peniaga ayam juga berada dalam keadaan tersepit dalam situasi ekonomi hari ini.

“Dah kena. Buat beli ayam besar, memang naya lah upah potong ikut berat ayam. Saya sekarang beli dan potong sendiri. Jimat dan mudah. Nak makan pun sendiri, potong je lah.

“Apa susah, beli ayam seekor potong sendiri kat rumah. Bukan susah, benda senang. Nak jimat buat sendiri. Kalau malas bayar la mahal-mahal.

“Pekerja pun perlu upah. Memang tak salah dia jual murah dan caj upah potong. Dah had harga jualan, dan upah minimum lagi, kalau tak boleh terima caj potong, just beli ayam dan balik potong sendiri. Dulu free, tak semesti free selalu.

“Harga kos ayam RM9.50, harga kawalan RM8.90. Tak buat upah potong mana ada untung, rugi lagi ada la. Orang tak tahu harga kos ayam berapa memang la sedap tulis macam-macam,” tulis beberapa individu lain.

Sumber : MStar

Dapatkan berita-berita terkini dan viral di page kami. Jangan lupa untuk menekan butang Subscribe, follow dan like di page rasmi kami :
Like : Facebook
Follow : Twitter
Subscribe : Youtube

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
24,097
Total active cases
Updated on October 3, 2022 2:32 am

Latest Articles

Skip to toolbar