21.1 C
Malaysia
Sunday, October 1, 2023

Tular sekumpulan remaja bergaduh di hadapan restoran

Batu Pahat – Pada 17/7/2022 telah terkesan tular di media sosial kejadian sekumpulan remaja sedang bergaduh di hadapan sebuah restoran di Jalan Kuning, Taman Bukit Pasir, Batu Pahat.

Susulan daripada itu dua orang mangsa kedua-duanya berumur (22) tahun telah membuat laporan polis menyatakan mereka telah dipukul oleh sekumpulan lelaki. Punca kejadian adalah kerana berlaku selisih faham antara mangsa dengan suspek berkaitan dengan teman wanita sebelum kejadian.

Sepasukan polis daripada IPD Batu Pahat telah berjaya menangkap (3) remaja lelaki berusia dalam lingkungan (18) hingga (19) tahun untuk membantu siasatan. Pihak polis kini masih mengesan saki baki suspek yang terlibat.

Ketiga-tiga suspek telah dibawa ke hadapan Majistret untuk permohonan reman dan telah dibenarkan ditahan selama (4) hari sehingga 21/7/2022.

Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang diperuntukan denda atau penjara ataupun kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Sumber : Facebook

Dapatkan berita-berita terkini dan viral di page kami. Jangan lupa untuk menekan butang Subscribe, follow dan like di page rasmi kami :
Like : Facebook
Follow : Twitter
Subscribe : Youtube

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
11,212
Total active cases
Updated on September 26, 2023 9:33 pm

Latest Articles

Skip to toolbar