21.5 C
Malaysia
Monday, September 26, 2022

Tular polis tidak mengambil tindakan terhadap pemandu lori warga asing

SEPANG – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang menyangkal dakwaan individu yang memuat naik video tular kononnya anggota polis tidak mengambil tindakan terhadap seorang lelaki warga asing kerana memandu lori tanpa lesen memandu yang sah.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof ketika dihubungi berkata, dakwaan itu tidak benar sebaliknya satu saman telah dikeluarkan terhadap pemandu berkenaan.

Beliau berkata, nombor siri saman dikeluarkan adalah Pol 257 AG875372 iaitu kerana kesalahan tidak memiliki lesen memandu.

“Pemandu lori berkenaan merupakan lelaki Bangladesh berusia 28 tahun yang juga pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

“Lori dipandu warga asing berkenaan telah ditahan ketika satu operasi Ops Motosikal Perintah Gerakan 33/22 di Jalan Taman Mas pukul 12.40 tengah hari pada Selasa lalu,” katanya.

Bagaimanapun, pihaknya kemudian telah menerima satu video menerusi aplikasi WhatsApp pagi tadi yang dirakam oleh seorang pemilik akaun media sosial.

“Dalam video berdurasi 1 minit 27 saat itu, pemilik video itu melemparkan satu tohmahan kepada pihak polis kerana tidak mengambil tindakan ke atas pemandu lori tersebut.

“Siasatan mendapati cukai jalan lori berkenaan masih belum luput, bagaimanapun, kami akan mengambil tindakan terhadap syarikat lori berkenaan kerana membenarkan lori dipandu warga asing tanpa lesen memandu sah,” katanya.

Ditanya mengenai dakwaan pemandu lori kononnya anggota polis meminta rasuah RM300 seperti dipaparkan dalam video itu, Wan Kamarul Azran berkata, anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah akan menyiasat lanjut dakwaan itu.

Terdahulu, satu video tular di laman media sosial memaparkan seorang lelaki tempatan menyoal siasat pemandu lori warga asing yang didakwa tidak diambil tindakan oleh pihak polis walaupun didapati memandu tanpa lesen sah.

Sumber : KOSMO! ONLINE

Dapatkan berita-berita terkini dan viral di page kami. Jangan lupa untuk menekan butang Subscribe, follow dan like di page rasmi kami :
Like : Facebook
Follow : Twitter
Subscribe : Youtube

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
25,278
Total active cases
Updated on September 25, 2022 7:24 pm

Latest Articles

Skip to toolbar