22.3 C
Malaysia
Friday, December 8, 2023

Tular penduduk flat meletakkan kon cop parkir

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki yang kelihatan sedang cop parkir di sebuah kawasan perumahan flat mengundang kemarahan orang ramai di media sosial.

Menerusi perkongsian oleh @malaysiaviral di Twitter, kelihatan lelaki itu sedang mengalihkan kenderaannya keluar dari parkir tersebut dan meletakkan tong sampah sebagai ‘tanda’ parkir itu adalah miliknya.

Tindakan golongan yang meletakkan kon atau sebarang objek untuk dijadikan tanda tempat letak kereta dianggap menjengkelkan.

Dalam pada itu, rata-rata orang ramai yang melihat kejadian tersebut berasa kurang senang dengan tindakan segelintir penduduk kawasan perumahan flat sehingga meninggalkan reaksi di ruangan komen.

“Tolong buat liputan rumah teres yang parkir kereta 10 biji depan rumah. Ada yang sampai parkir depan rumah jiran,” komen seorang pengguna.

“Hidup nak kayangan tapi tidak sedar diri,” marah seorang lagi pengguna.

“Manusia yang ada pemikiran berbeza macam ini boleh elak dari hidup dengan komuniti macam ini, elak untuk ketenteraman jiwa. Simpan duit beli rumah yang mahal sikit,” kata pengguna lain.

Sumber : KOSMO! ONLINE.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 8, 2023 1:52 pm

Latest Articles

Skip to toolbar