22.1 C
Malaysia
Saturday, June 3, 2023

Tular pakcik pukul warga nepal dipercayai mabuk

Tiktok @kneeldownfortaki

PETALING JAYA – Tular di laman sosial satu klip video memaparkan tindakan seorang lelaki melepaskan beberapa pukulan kepada seorang warga asing dipercayai mabuk menerima pelbagai reaksi.

Video berdurasi 30 saat itu turut menunjukkan pertengkaran dan provokasi antara dua individu tersebut yang dipercayai berlaku di sebuah kedai makan.

Bagaimanapun, klip video tersebut tidak menyatakan lokasi tepat kejadian terbabit dan bila tarikh ia dirakam.

Susulan daripada itu, rata-rata orang ramai memberikan pelbagai reaksi berhubung insiden berkenaan.

“Terima kasih pakcik, Terima kasih atas jasamu ‘membalun’. Saya sentiasa mendoakan pak cik diberi kesihatan yang baik dan berada dalam lindungan Allah sepanjang masa,” kata Azman

“Bawa masuk lagi warga asing ramai-ramai. Macam-macam jenis orang ada,” seloroh Nozaja.

“Saya tidak tahu peristiwa yang membawa kepada kejadian tersebut. Namun, pukulan berterusan oleh pak cik itu adalah salah. Minta lelaki itu tinggalkan kedai makanan dan jangan buat apa-apa lagi,” ujar Varman.

Sumber : KOSMO! ONLINE.

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
18,510
Total active cases
Updated on June 2, 2023 7:35 pm

Latest Articles

Skip to toolbar