23.1 C
Malaysia
Friday, September 30, 2022

Tular ikan paus di perairan Langkawi

Langkawi: Tiga ekor ikan paus sedang makan ditemukan sekumpulan individu yang menaiki bot di perairan antara Pulau Payar dan Segantang di sini, semalam.

Video berdurasi 1 minit dan 16 saat yang memaparkan penemuan mamalia laut itu di muat naik pengguna TikTok menggunakan akaun @madylangkawi sebelum tular.

Selain menerusi aplikasi TikTok, video itu kemudian dikongsi pengguna internet dalam pelbagai media sosial lain termasuk Facebook dan Twitter.

Sehingga jam 7.30 malam ini, video yang dimuat naik Mady dalam aplikasi TikTok itu ditonton lebih 257,000 dan mendapat 20,700 tanda suka.

Suara latar dalam video itu menyebut, “Alhamdulillah jumpa lagi hari ni, kerja survey paus Langkawi.

“Tinjauan di ruangan komen mendapati, Mady membalas pertanyaan netizen sambil memberitahu ikan paus yang dipaparkan dalam video itu sedang makan.

Beberapa pengguna Tiktok lain turut meluahkan rasa kagum dan teruja dengan penemuan ikan paus terbabit.

“Rezeki boss.. indahnya ciptaanNya,” kata A’mmar Kibo.”Wow…susah jumpa ni di perairan Malaysia,” kata Syahmee Asmaa’.”Wahhh.. Tak payah pergi oversea nak tengok paus… Dalam Malaysia pun ada rupanya.. Rezeki,” kata Suriana Azri.

Sementara itu, Pegawai Perikanan Daerah Langkawi, Azahar Ahmad, ketika dihubungi mengakui ikan paus sering ditemui di perairan pulau ini.

“Memang ikan ini (paus) lalu di perairan Langkawi tapi ia bermusim,” katanya.

Dapatkan berita-berita terkini dan viral di page kami. Jangan lupa untuk menekan butang Subscribe, follow dan like di page rasmi kami :
Like : Facebook
Follow : Twitter
Subscribe : Youtube

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
25,174
Total active cases
Updated on September 30, 2022 2:49 pm

Latest Articles

Skip to toolbar