23.5 C
Malaysia
Tuesday, October 4, 2022

Tular dikatakan cubaan menculik, Lelaki tarik tangan kerana bimbang kanak2 jatuh longkang

KOTA KINABALU: “Rakaman yang tular di media sosial bukanlah cubaan culik, sebaliknya lebih kepada menyelamatkan kanak-kanak daripada bahaya kemungkinan terjatuh ke dalam longkang”.

Demikian tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang, Phoong Jin Zhe menerusi hantarannya di Facebook.

Jin Zhe berkata, selepas rakaman berkenaan tular, timbul pelbagai komen negatif yang lebih menjurus kepada cubaan menculik.

Katanya, beliau terus bertindak menghubungi beberapa pihak termasuk polis dan guru besar sekolah berkenaan bagi memahami keadaan sebenar.

“Polis memaklumkan bahawa kedua-dua pihak membuat laporan polis dan sudah diambil keterangan oleh pihak berkuasa

“Lelaki berbaju oren menjelaskan dia sebenarnya hanya cuba membantu murid perempuan berkenaan supaya tidak bermain di atas kayu penutup longkang berkenaan,” katanya.

Jin Zhe berkata, polis turut memaklumkan kejadian berkenaan sebenarnya hanya sekadar salah faham antara kedua-dua pihak.

“Menerusi rakaman itu, kita dapat lihat terdapat sekumpulan kanak-kanak yang bermain di atas penutup kayu longkang berkenaan yang dikhuatiri berbahaya.

“Lelaki terbabit kemudian menarik kanak-kanak itu keluar dari penutup longkang berkenaan.

“Sekiranya ia adalah cubaan menculik, kanak-kanak itu sepatutnya ditarik masuk ke dalam kereta. Namun sebaliknya dia dilepaskan seperti dalam rakaman berkenaan.

“Kes difahamkan masih disiasat. Saya juga menghormati permintaan keluarga untuk hasil siasatan penuh, tetapi kes ini tidak dilihat sebagai cubaan menculik,” katanya.

Sehubungan itu, Jin Zhe menggesa orang ramai supaya tidak terus menyebarkan kenyataan yang tidak berasas.

“Sekolah ini masih selamat dan dakwaan menculik juga adalah tuduhan yang amat berat. Selebihnya serahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Terdahulu, gelagat seorang lelaki yang dirakam menarik tangan kanak-kanak perempuan menggusarkan orang selepas tular di media sosial, sejak pagi tadi.

Kejadian yang dilaporkan berlaku di hadapan sebuah sekolah rendah di Taman Jindo, di sini, semalam, itu menimbulkan pelbagai persepsi terutama dalam kalangan ibu bapa.

Sumber : Berita Harian

Dapatkan berita-berita terkini dan viral di page kami. Jangan lupa untuk menekan butang Subscribe, follow dan like di page rasmi kami :
Like : Facebook
Follow : Twitter
Subscribe : Youtube

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
23,331
Total active cases
Updated on October 4, 2022 8:34 am

Latest Articles

Skip to toolbar