21.8 C
Malaysia
Friday, September 23, 2022

Tular aksi pemandu kereta Honda Jazz menyelit depan lori

PETALING JAYA – Tindakan berani seorang pemandu kereta menukar lorong secara tiba-tiba dengan menghimpit sebuah lori tular di media sosial sejak semalam.

Menerusi video perkongsian @ahcot12 di laman TikTok, kejadian itu memaparkan sebuah kereta jenis Honda Jazz cuba menyelit dari arah kiri sebuah lori.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Tol Bandar Saujana Putra dan berjaya dirakam oleh kamera papan pemuka pemilik lori berkenaan.

Namun, apa yang mengejutkan ialah pemandu kereta berkenaan berhenti di tengah jalan dan keluar daripada kereta semata-mata untuk merakam lori yang dipercayai cuba menghalang jalannya.

Sehingga pagi ini, rakaman video tersebut mendapat 123,600 jumlah tontonan dan 327 komen daripada pengguna di TikTok.

Rata-rata orang ramai mengecam tindakan pemandu itu yang dianggap tidak bertanggungjawab atas kesalahan yang telah dilakukan sehingga meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen.

“Nasib ada cctv boleh buat bukti,” komen seorang pengguna.

“Seeloknya lori wajib ada ‘dashcam’ boleh dijadikan sebagai bukti bila berlaku macam ini. Baru tahu siapa betul siapa salah,” luah seorang lagi pengguna.

“Dia tak belajar undang-undang jalan raya ke? Memang tak boleh menyelit bila ada lori,” kata pengguna lain pula.

Sumber : KOSMO! ONLINE.

Dapatkan berita-berita terkini dan viral di page kami. Jangan lupa untuk menekan butang Subscribe, follow dan like di page rasmi kami :
Like : Facebook
Follow : Twitter
Subscribe : Youtube

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
25,327
Total active cases
Updated on September 22, 2022 4:39 pm

Latest Articles

Skip to toolbar