20.5 C
Malaysia
Sunday, September 25, 2022

Tuah layak sertai Din, Kid jadi vokalis Search

Kuala Lumpur: Penyanyi, Datuk Awie dan Datuk Hattan menyarankan agar juara program Mic On! 2, Tuah menyertai anggota Search Din dan Kid dengan menjadi vokalis.

Awie berkata, itu akan menjadi platform terbaik untuk Tuah memperkenalkan namanya dalam industri muzik tanah air.

“Saya dan Hattan sarankan agar dia menyertai Kid dan Din. Itu akan jadi satu platform untuk Tuah melonjakkan namanya sebagai penyanyi,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah Awie, kemampuan Tuah juga tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan bakat-bakat dari Indonesia.

“Tak perlu ambil ‘talent’ dari Indonesia sebab Tuah pun ada bakat,” katanya.

Tuah atau nama sebenarnya Mohamad Farhan Zahi Mohd Zaini, 30, tidak pernah membayangkan mengenai perkara itu, namun akan terus menggilap bakatnya jika diberi peluang.

“Saya tak pernah letak sebarang jangkaan untuk menyertai kumpulan legenda seperti itu. 

“Kalau mereka nampak bakat dan diri saya yang ‘rendah’ ini, mungkin saya akan perbaiki dan tambah baik kemampuan saya.

“Apa pun, saya terima segala nasihat dan saranan untuk menggilap bakat saya,” katanya.

Terdahulu, Tuah diumumkan sebagai juara Mic On! 2 dan berjaya membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM15,000 berserta trofi.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
25,278
Total active cases
Updated on September 24, 2022 11:38 pm

Latest Articles

Skip to toolbar