22 C
Malaysia
Wednesday, December 6, 2023

Trend Tiktok solat dengan kipas, tindakan tegas boleh dikenakan

Tindakan tegas boleh dikenakan terhadap mereka yang terikut-ikut trend solat bermakmumkan dan berimamkan kipas yang kini menjadi tular di media sosial.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, perbuatan yang semakin menjadi ikutan terutama dalam kalangan remaja Islam itu jelas mempersendakan ibadah dan agama Islam itu sendiri.

Menurutnya, perkara itu boleh dilaporkan kepada pejabat agama Islam daerah agar tindakan tegas diambil terhadap pihak terlibat.

“Hari ini banyak sangat kelakuan mengarut seperti ini berlaku dan dikongsi.

“Harapan saya jika ada benda-benda pelik sebegitu laporkan terus kepada pejabat agama dan minta diambil tindakan,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas di Stadium Indera Mulia di sini pada Sabtu.

Trend solat bermakmumkan dan berimamkan alatan elektronik berupa kipas yang tular di media sosial baru-baru ini telah menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen.

Dalam video tular itu, kelihatan remaja Islam tidak kira lelaki dan perempuan berlumba-lumba merakam video sedang bersolat bersama kipas yang dipakaikan telekung atau baju Melayu di media sosial.

Idris berkata, Islam menekankan bahawa perlunya ilmu yang diperolehi daripada guru-guru dan bukannya menerusi media sosial yang tidak diketahui sumbernya dalam soal ibadat.

Justeru katanya, belia Islam dinasihatkan untuk mencari ilmu dengan guru-guru yang boleh memberi petunjuk melalui kuliah-kuliah di masjid dan surau.

“Imam Ghazali ada menyebutkan kalau kita beribadat tanpa ilmu dan ilmu yang kita dapat itu pula tanpa guru, maknanya guru kita adalah syaitan.

“Sebab itulah sekarang ini jadinya benda-benda sebegitu,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 5, 2023 5:16 pm

Latest Articles

Skip to toolbar