27.2 C
Malaysia
Saturday, October 1, 2022

Tragedi Ambil Cucu

Gombak: Sebuah Suzuki Swift hilang kawalan sehingga melanggar kereta dan motosikal berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Selayang Baru, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pemandu kereta terbabit baru mengambil cucunya dan menghala ke Selayang Prima.Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu lelaki warga emas berusia 79 tahun itu dikatakan hilang kawalan sebelum merempuh kenderaan di laluan berkenaan.

“Kejadian itu menyebabkan Perodua Bezza dan tiga motosikal mengalami kerosakan.”Penunggang dan pembonceng motosikal mengalami kecederaan ringan di kaki dan menerima rawatan di Hospital Selayang manakala pemandu kereta tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta untuk tampil membantu siasatan.Menurutnya, maklumat boleh disalurkan di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohamad Suhaimi Tukiman ditalian nombor 013-7557556 atau 03-61262222.

Sejak semalam tular di laman sosial video kemalangan yang berlaku di kawasan sekolah ber berkenaan.

Sumber : Harian Metro

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
25,769
Total active cases
Updated on October 1, 2022 1:33 am

Latest Articles

Skip to toolbar