21.1 C
Malaysia
Sunday, October 1, 2023

TMJ Pertahankan Aidil Zafuan

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampil mempertahankan Aidil Zafuan Abdul Radzak, selepas pertahanan kebangsaan itu terus dipersalahkan atas kekalahan skuad kebangsaan di tangan Singapura, Sabtu lalu.

Tunku Ismail yang juga pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) turut terkilan dengan ‘perangai’ penyokong yang seakan tidak menghargai pengorbanan yang sudah dicurahkan pertahanan berusia 34 tahun itu bersama skuad Harimau Malaya.

Malah, Tunku Ismail turut menyelar mentaliti segelintir penyokong yang jelas masih berada di tahap yang rendah tetapi mahu melihat bola sepak negara terus berkembang pesat.

“Toxic mentality dan mudah lupa. Nak bola sepak maju tapi kepala masing-masing tahap low class (tahap rendah). Semua lupa pengorbanan setiap pemain yang pernah mewakili negara.

“Semua lupa kejayaan dan pengorbanan mereka, seolah olah tiada makna. Kesian bila lihat pemain yang berkorban untuk pasukan kebangsaan atau mana-mana pasukan tidak dihargai,” kata Tunku Ismail menerusi komen pada akaun Instagramnya.

Terdahulu, persembahan tonggak veteran itu yang diturunkan pada aksi ‘Tetangga Seberang Tambak’ dikecam hebat oleh penyokong bola sepak tempatan khususnya di laman media sosial.

Ada penyokong yang mempersoalkan mengapa pemain itu diturunkan pada aksi terbabit selain ada juga yang mengharapkan Aidil dapat mengumumkan persaraan buat kali kedua.

Lebih melampau, ada yang mengedit muka Aidil sehingga menyamai muka kapten Manchester United, Harry Maguire.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
11,212
Total active cases
Updated on September 26, 2023 9:33 pm

Latest Articles

Skip to toolbar