23.8 C
Malaysia
Saturday, September 24, 2022

Title profesional beri lebih tekanan – Zii Jia

Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia mengakui bergerak secara bebas ketika ini lebih memberi tekanan dan cabaran dalam usaha memastikan memperoleh keputusan lebih baik pada setiap kejohanan yang disertainya.

Zii Jia berkata, sebagai seorang pemain profesional, keputusan yang positif akan memberi keyakinan kepada penaja untuk terus melabur dan menyokongnya kelak.

Katanya, ketika ini dia mahu fokus memperbaiki setiap kelemahan yang ada seterusnya mampu meraih kejuaraan pada penyertaan di kejohanan akan datang.

“Ramai yang tidak tahu sebenarnya bergerak secara bebas (profesional) bukanlah perkara mudah kerana segalanya bersandarkan kepada keputusan pada setiap perlawanan.

“Jika keputusan baik maka penaja pun akan datang (menaja) dan untuk itu saya perlu berusaha lebih keras meraih kejayaan.

“Fokus saya adalah mahu berada dalam kelompok lima pemain terbaik dunia pada tahun ini dan meraih lebih banyak gelaran pada penyertaan di kejohanan akan datang,” katanya.

Mengikut rekod, pemain yang berada di ranking ketujuh dunia itu gagal mempertahankan gelaran seluruh England yang dimenangi musim lalu apabila tewas di peringkat separuh akhir di tangan lawannya dari India, Lakshya Sen baru-baru ini.

Sejak bergelar pemain profesional, Zii Jia kini dilatih jurulatih peribadinya Indra Wijaya dan menjalani latihan bersendirian bagi mengekalkan momentum untuk menyertai kejohanan.

Selain itu, Zii Jia berkata, sejak bergerak secara profesional, banyak perkara terpaksa dilakukan sendiri termasuk memantau perkembangan dan keupayaannya untuk menyertai pertandingan akan datang.

“Saya akui menyertai pasukan kebangsaan (Persatuan Badminton Malaysia) lebih mudah kerana mereka mempunyai dana dan tidak perlu fikirkan mengenai kewangan atau program latihan kerana semuanya sudah disediakan.

“Sekarang ini, segalanya perlu dilakukan sendiri dan paling utama adalah diri sendiri dan fokus kepada latihan untuk lebih berjaya,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
25,717
Total active cases
Updated on September 24, 2022 10:12 am

Latest Articles

Skip to toolbar