21.1 C
Malaysia
Sunday, October 1, 2023

Tiada lagi PdPR, sekolah ‘on’ penuh esok!

KOTA BHARU: Sesi persekolahan kembali tanpa sistem penggiliran mulai esok, kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.

Beliau berkata esok adalah tarikh penting bagi warga Kementerian Pendidikan (KPM) kerana murid yang hadir secara penggiliran tidak perlu lagi menggunakan sistem berkenaan.

Katanya, kehadiran ke sekolah dan pengoperasian sekolah adalah sama seperti sebelum pandemik COVID-19.

“Mungkin kita akan melihat bagaimana anak-anak datang ke sekolah dan melihat keadaan di luar yang semakin terbuka membuatkan ada yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Jadi, saya menyeru jasa baik pihak Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan guru bagi memastikan kali ini sekolah akan dibuka dan tidak lagi ditutup.

“Penat tutup kena marah, buka kena marah, buat penggiliran kena marah, tak buat kena marah, serba tidak kena. Dalam keadaan yang hampir pulih, apa yang penting kita semua mematuhi SOP yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ihya’ Ramadan Menteri Kanan Pendidikan bersama warga Pendidikan Kelantan, di sini, hari ini.

Pada masa sama katanya, pihaknya akan mengeluarkan garis panduan 4.0 dalam masa terdekat dengan keadaan lebih terbuka, namun memastikan segala ketetapan dibuat dapat dipenuhi.

“Ada orang tanya bila nak keluarkan garis panduan, ada yang cakap KPM lembab sedangkan nak melaksanakan sesuatu perkara bukan boleh tukar begitu sahaja.

“Kita perlu berbincang satu persatu termasuk dengan Kementerian Kesihatan mengenai pendekatan yang perlu dilaksanakan dan apa garis panduan yang perlu dimasukkan.

“Insya-Allah dalam masa terdekat kita akan keluarkan garis panduan 4.0,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
11,212
Total active cases
Updated on September 26, 2023 9:33 pm

Latest Articles

Skip to toolbar