27 C
Malaysia
Friday, June 2, 2023

The Ellen Show berakhir

Los Angeles: “Sekarang anda boleh tonton program TV lain,”.

Itu kata pengacara dan pelawak, Ellen DeGeneres dalam episod terakhir program TV popularnya, The Ellen DeGeneres Show yang kini melabuhkan tirainya selepas 19 musim bersiaran.

Dalam program yang bersiaran kelmarin, DeGeneres berkata, ini umpama satu tempoh untuknya berehat, namun tidak akan lama.

“Hari ini bukanlah pengakhiran untuk ‘hubungan’ ini, tetapi lebih kepada masa untuk saya berehat seketika,” katanya.

Dalam episod itu juga, DeGeneres turut berkongsi rasa terima kasihnya kepada semua yang terbabit dalam menaikkan namanya.

Antara selebriti yang memberikan ucapan kepada DeGeneres adalah Jennifer Aniston yang juga pernah menjadi tetamu pertama dalam episod sulung program itu.

Aniston turut menghantar pelapik kaki yang tertera tulisan ‘Terima kasih untuk kenangan itu’.

Minggu akhir The Ellen DeGeneres Show turut menyaksikan kehadiran pengacara, Oprah Winfrey yang turut berkongsi rasa tatkala programnya, The Oprah Winfrey yang melabuhkan tirainya pada 2011.

Tetamu lain yang hadir antaranya Billie Eilish dan Pink juga turut mengucapkan terima kasih di samping membuat persembahan.

Untuk rekod, The Ellen DeGeneres Show ditayangkan sebanyak 3,200 episod dan DeGeneres juga pernah mengendalikan program besar seperti Oscars serta menerima beberapa penganugerahan antaranya Mark Twain Prize dan Presidential Medal of Freedom.

Sumber : New Straits Times

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
18,510
Total active cases
Updated on June 2, 2023 9:17 am

Latest Articles

Skip to toolbar