22.9 C
Malaysia
Sunday, June 4, 2023

Thailand rekod kes pertama Omicron XE

Thailand mengesahkan kes pertama varian baharu Covid-19, Omicron XE , menurut naib pengerusi Suruhanjaya Kesihatan Awam negara itu, Chalermchai Boonyaleephan.

Beliau berkata, kes itu direkodkan oleh Pusat Perubatan Genom, Hospital Ramathibodi.

The Nation memetik Chalermachai berkata, individu yang disahkan dijangkiti varian itu sudah pulih selepas mengalami simptom ringan.

Beliau meramalkan varian itu akan menular di Thailand.

Bagaimanapun katanya, penting untuk memantau keseriusan varian itu dan tindak balasnya terhadap vaksin, atau sama ada ia akan menggantikan varian Omicron BA.2 sebagai varian dominan.

WHO sebelum ini menganggarkan bahawa varian XE itu adalah 10 peratus lebih mudah berjangkit berbanding varian BA.2.

Bagaimanapun, tahap keseriusan varian itu masih belum diketahui.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
18,510
Total active cases
Updated on June 3, 2023 4:48 pm

Latest Articles

Skip to toolbar