24.7 C
Malaysia
Friday, December 8, 2023

Tembok rumah diuji tapi boleh jatuh lepas tolak pakai sebelah tangan

Dalam mendapat sesebuah rumah, sudah pastinya aspek keselamatan antara yang menjadi faktor utama. Hal ini berikutan sesebuah kediaman bakal digunakan untuk kegunaan sendiri atau penyewa dalam tempoh yang panjang sekaligus mengelakkan daripada perkara tidak diingini berlaku.

Kenaikan harga rumah pada masa kini secara tidak langsung turut membuatkan para pembeli mengharapkan rumah yang dihasilkan pemaju setimpal dengan harganya serta elak daripada insiden melibatkan ‘penjimatan bahan’.

Dalam pada itu, lain ceritanya dengan video yang dikongsikan TikTok @datoismail88 yang juga merupakan CEO BubbleBee di mana beliau mendedahkan hasil tembok rumah yang dibangunkan pihak pemaju.

Meskipun rumah yang dikongsikan masih belum siap sepenuhnya, dapat dilihat tembok yang sudah disimenkan sangat mudah untuk diterbalikkan di mana hanya memerlukan seorang individu untuk menolaknya menggunakan sebelah tangan sahaja.

SUMBER: TIKTOK @DATOISMAIL88

Perkongsian yang dilakukan nyata berjaya mendapatkan ribuan komen netizen yang mempersoalkan kualiti rumah yang dibangunkan pemaju ini. Malah, ramai yang memaklumkan ketiadaan besi sokongan untuk dijadikan tulang pada tembok yang dibangunkan antara yang membuatkan tembok tersebut mudah untuk jatuh dan dirobohkan.

Isu yang berlaku nyata merisaukan orang ramai khususnya kepada pembeli rumah yang mengharapkan rumah lain yang dibangunkan tidak menerima nasib yang sama. Malah turut terdapat netizen yang mengharapkan agar nama pemaju didedahkan. Video yang dikongsikan jelas mendapat perhatian ramai selepas meraih lebih 3 juta tontonan dan lebih 3,000 komen melibatkan kualiti tembok rumah yang dihasilkan.

Sumber : Tiktok Dato Ismail

Dapatkan berita-berita terkini dan viral di page kami. Jangan lupa untuk menekan butang Subscribe, follow dan like di page rasmi kami :
Like : Facebook
Follow : Twitter
Subscribe : Youtube

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 8, 2023 7:17 am

Latest Articles

Skip to toolbar