21.1 C
Malaysia
Sunday, October 1, 2023

Tembak-menembak di Bukit Bintang : Tiga rakan didakwa membunuh

KUALA LUMPUR: Tiga lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat (13 Mei) berhubung kematian seorang lelaki di sebuah hotel di Bukit Bintang di sini minggu lepas.

T.Muniswaran, 49; S.Katharavello, 52; dan Mohd Zulbihar Ali Khan Kamaldin, 48, didakwa bersama membunuh S.Prabah, 49, di sebuah bilik di Hotel Capitol, Jalan Bulan, Off Jalan Bukit BIntang di sini antara 6.05 petang dan 6.40 petang 3 Mei lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 akta sama, dan berdepan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Kesemua mereka mengangguk selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka di hadapan Majistret Wong Chai Sia, tetapi tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mahkamah kemudian menetapkan 13 Julai untuk sebutan bagi penyerahan laporan ahli kimia.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Phulrani Kaur manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam. 
Sumber : Bernama / TheStar

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
11,212
Total active cases
Updated on September 26, 2023 9:33 pm

Latest Articles

Skip to toolbar