22.3 C
Malaysia
Friday, December 8, 2023

Telefon Galaxy Z edisi Pokemon habis dijual dalam 5 minit

Seoul: Galaxy Z Flip3 Edisi Pokemon habis dijual dalam tempoh beberapa minit selepas dilancarkan di Korea Selatan pada tengah malam Isnin, lapor Agensi Berita Yonhap.

Edisi khas telefon pintar Samsung boleh lipat itu didatangkan dengan aksesori bertemakan Pokemon, termasuk Pikachu Keychain, Pokemon Palette, Monster Ball 3D Grip Talk dan lima pelekat Pokemon, menjadi trend terkini dan mengimbau nostalgia zaman kanak-kanak di Korea Selatan.

Ia habis dijual dalam tempoh lima minit selepas jualan dibuka dengan harga 1.28 juta won (US$1,025).

Samsung juga bekerjasama dengan pereka dan jenama popular dalam usaha menyasarkan lebih ramai pengguna muda serta mengembangkan aksesori dan produk mudah alih edisi terhad.

Pada September, Samsung berganding bahu dengan jenama fesyen Amerika, Thom Browne, yang menghasilkan Galaxy Watch4 Classic Thom Browne Edition.

Samsung juga mengeluarkan earbud tanpa wayar Galaxy Watch4 dan Galaxy Buds2 edisi terhad pada bulan berikutnya, dihasilkan dengan kerjasama Maison Kitsune, syarikat fesyen label muzik elektronik Perancis-Jepun.

Jurucakap Samsung pada Selasa berkata syarikat itu tidak dapat mendedahkan angka jualan yang tepat atau rancangan jualan tambahan untuk edisi Pokemon.

Samsung juga belum membuat keputusan mengenai pelancaran edisi khas Pokemon di luar negara.

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 8, 2023 2:56 pm

Latest Articles

Skip to toolbar