22.9 C
Malaysia
Sunday, June 4, 2023

Tekanan darah tinggi, Eida Moin masuk hospital

PELAKON Eida Moin dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di ibu kota selepas mengalami tekanan darah tinggi pada Jumaat.

Difahamkan tekanan darah Eida nama sebenarnya Siti Haida Abdul Moin, 43, mencecah bacaan hampir 200 sehingga menyebabkan dia perlu ditahan di wad beberapa hari untuk melakukan pemeriksaan dan kini dalam pemantauan doktor.

Eida sebagaimana dilaporkan sebuah portal berkata, pada awalnya dia berasa tidak sihat dan mengalami masalah kesukaran bernafas sebelum ke hospital untuk membuat pemeriksaan.

“Awalnya, saya merasa badan tak sedap dan sukar bernafas. Bahagian muka, bibir, dan bahu saya pun rasa kebas.

“Saya tak pernah ada sakit darah tinggi sebelum ini. Itulah saya terkejut selepas lakukan pemeriksaan bacaan tekanan darah mencecah 196 dan naik sehingga 220,” ujarnya sebagaimana dilaporkan.

Eida berkata punca kejadian tersebut mungkin disebabkan dirinya yang kurang rehat akibat jadual kerja yang padat.

Tambah Pelakon The Maid itu lagi, selepas apa yang berlaku, dia dinasihatkan untuk berehat selama beberapa hari sebelum bekerja semula. Bagaimanapun Eida akur terikat dengan komitmen kerja dan perlu kembali ke set penggambaran pada 10 Jun ini.

Sumber : The Sinar Plus

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
18,510
Total active cases
Updated on June 3, 2023 5:49 pm

Latest Articles

Skip to toolbar