Sekali lagi, usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri tidak melepaskan peluang keemasan untuk mengeluarkan lagu raya baharu berjudul Kepelak Kelepuk Raya. Aliff memuat naik teaser lagu itu di Instagram yang telah menerima lebih 26,000 suka pada masa penulisan. Bagaimanapun, sebilangan netizen berkata mereka berasa tidak selesa dengan tiga penari latar dalam video tersebut.
Penari Membawa Imej Negatif Islam Menurut netizen, ketiga-tiga penari latar itu tidak mewakili imej umat Islam kerana pemakaian mereka yang dianggap tidak senonoh. Tambah mereka, tarian itu keterlaluan dan video seperti itu tidak sesuai untuk orang ramai terutama pada bulan Ramadan. Netizen berkata penari lelaki itu kelihatan feminim, merujuk kepada usahawan kosmetik kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, juga dikenali sebagai Nur Sajat.


Usahawan kosmetik transgender itu didakwa melarikan diri ke Thailand melalui Padang Besar secara haram, sebelum berhijrah ke Australia.
Tahun lalu, Aliff juga menggunakan penari latar yang sama untuk membuat persembahan dalam video muzik lagu raya Lala Raya.
Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter