24.1 C
Malaysia
Thursday, September 29, 2022

Tanjak laris menjelang Aidilfitri

GEORGETOWN: Seorang pembuat tanjak tradisional di Jalan Teluk Kumbar, Bayan Lepas di sini rela tidak tidur hampir setiap malam sejak minggu lalu, demi menyiapkan lebih 200 tempahan sempena sambutan Aidilfitri ini.

Muhammad Asyraf Mohd Saad, 34, berkata kebanyakan pelanggan datang dari Kuala Lumpur, Selangor dan Johor dengan kira-kira 70 peratus pesanan diterima dari luar Pulau Pinang sudah dihantar menggunakan perkhidmatan kurier.

“Tahun ini lebih istimewa kerana saya turut menerima banyak tempahan dari Sabah dan Sarawak dengan lebih 90 peratus pesanan dilakukan secara atas talian.

“Bagi pelanggan di sekitar Pulau Pinang, pesanan akan mula dihantar seminggu sebelum Ramadan berakhir,” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Terikat dengan rutin pekerjaan hakiki lain pada sebelah siang, Muhammad Asyraf memanfaatkan waktu malam sepenuhnya untuk membuat tanjak termasuk hanya tidur selepas solat Subuh pada hari cuti hujung minggu.

Beliau berkata, keunikan tanjak bergantung kepada teknik gubahan sama ada ia bermotif flora atau fauna selain jenis material kain yang digunakan.

Bapa kepada satu anak itu berkata, tanjak yang diperbuat daripada kain kapas dan songket itu dijual pada harga RM60 hingga RM150 dan ada pelanggan yang turut menempahnya lengkap dengan set samping untuk dipakai sedondon bersama ahli keluarga masing-masing.

Katanya, lebih ramai peminat tanjak yang berani mengenakan warna-warna terang dan menonjol untuk bergaya pada hari raya nanti termasuk memilih fabrik songket yang dahulunya lebih sinonim digayakan oleh pengantin.

Muhammad Asyraf mengakui bukan mudah mempelajari seni pembuatan tanjak dan dia sanggup berguru kira-kira setahun termasuk menduduki beberapa sesi ujian dari Persatuan Penggiat Seni Alam Melayu (PERNILAM) di Selangor sebelum berkecimpung dalam aktiviti pembuatan tanjak secara serius pada 2019.

“Saya mula berminat dengan tradisi pemakaian dan pembuatan tanjak ketika menyertai Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayung Malaysia sejak remaja,” kata anak jati Kedah itu.

Kini dia mampu menghasilkan lebih 30 jenis tanjak tradisional yang dihafal berdasarkan bentuk dan cara lipatan.

Katanya, nama-nama tanjak Semangat Bugis, Makhota Alam, Anderi Guru Selebu, Putra Kayangan, Ayam Patah Kepak, Lang Menyongsong Angin mendapat tempat di hati pelanggan pada lebaran kali ini.

“Pembuatan tanjak tradisional harus memenuhi tiga syarat iaitu tapak serta bengkung di bahagian bawah, simpul dan karangan atau solek yang juga elemen lipatan utama tanjak. Paling penting, ia tidak boleh dipijak, dilangkah atau dipakai oleh wanita.

“Tatacara pemakaian tanjak untuk orang biasa ialah simpul harus berada di atas telinga kanan bukannya di bahagian belakang kepala kerana ia simbol orang hendak pergi berperang pada zaman dahulu,” katanya.

Sumber : Berita Harian / Harian Metro

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
24,713
Total active cases
Updated on September 29, 2022 9:56 am

Latest Articles

Skip to toolbar