Yangon: Mahkamah Junta pada Rabu menjatuhkan hukuman lima tahun penjara terhadap Aung San Suu Kyi atas kesalahan rasuah.
Ia sebahagian daripada pelbagai kes jenayah yang menyaksikan pemimpin terkenal Mynamar itu yang sebelum ini digulingkan, dipenjarakan selama beberapa dekad.
Sejak rampasan kuasa tentera yang berjaya menggulingkan kerajaannya pada Februari tahun lalu, Myanmar terjerumus ke dalam kancah pergolakan, manakala Suu Kyi berada dalam tahanan tentera.
Dalam kes terbaharu, pemenang Nobel itu dituduh menerima rasuah wang tunai AS$600,000 (kira-kira RM2.6 juta) dan jongkong emas.
Selepas dua hari ditangguhkan, mahkamah khas di dalam bangunan pusat tentera di Naypyidaw menjatuhkan hukuman itu jam 9.30 pagi, waktu tempatan.
“Kesalahan membabitkan pengambilan emas dan wang daripada U Phyo Min Thein, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun kepadanya,” kata jurucakap junta Zaw Min Tun kepada AFP.
Sumber : AFP
Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter