21.7 C
Malaysia
Monday, September 26, 2022

Surau buluh berbentuk penyu

Berbentuk penyu dan dibina menggunakan tiga jenis buluh berbeza menjadikan surau di Dataran Tembusu di sini, sebagai satu tarikan baharu buat penduduk dan pelancong.

Masih dalam pembinaan dan dijangka siap Julai ini, surau istimewa berkenaan boleh memuatkan 200 jemaah dalam satu-satu masa.

Pengurus projek Muhammad Khairullah Yahya, 27, berkata, secara keseluruhan, lebih 3,000 batang buluh digunakan yang mana 1,700 batang sebagai struktur surau manakala 1,300 ke 1,500 lagi dijadikan bumbung.

“Tiga jenis buluh digunakan dalam pembuatan surau ini iaitu buluh mata rusa yang diperoleh di Chemerong, Terengganu; buluh semantan dari Bentong, Pahang dan buluh betung yang kita ambil di sebuah kebun di Kulai, Johor.

“Kebanyakan buluh yang digunakan berdiameter tiga ke empat inci dan kita menggunakan teknik melentur untuk mendapatkan reka bentuk seperti cengkerang penyu, empat kaki dan kepala,” katanya, baru-baru ini.

Menurutnya, kos pembinaan surau itu berjumlah RM500,000 dan akan diserahkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) sebaik siap sepenuhnya.

Akuinya, rekaan surau itu istimewa kerana keseluruhannya berbentuk melengkung tanpa ada buluh yang disusun secara menegak sebagai sokongan.

“Sebanyak 17 lengkungan buluh bagi struktur utamanya sebelum semua bahagian disambungkan secara pasak, manakala lantai pula konkrit,” katanya.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
24,532
Total active cases
Updated on September 25, 2022 11:49 pm

Latest Articles

Skip to toolbar