22.1 C
Malaysia
Saturday, December 9, 2023

Suami isteri maut, dilanggar pemandu Myvi mabuk

Sepasang suami isteri maut selepas motosikal ditunggangi mereka dirempuh sebuah Myvi dipercayai dipandu lelaki mabuk dalam nahas membabitkan empat kenderaan di Jalan Serkam Pantai, Merlimau, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 pagi itu, mangsa, Ezuddin Mohammad, 50, dan isterinya, Surayah Muhamat, 48, yang menunggang Yamaha Ego Solaris meninggal dunia di lokasi selepas mengalami kecederaan parah.

Seorang lagi penunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda, Ya’akob Mohamad, 57, turut cedera dan dihantar ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka, Superintendan Amran@Mohamad Zaki Omar berkata, ketika kejadian pasangan suami isteri itu dan Yaakob dalam perjalanan dari arah Melaka ke Merlimau.

Katanya, setiba di lokasi, sebuah kereta jenis Perodua Myvi dari arah Merlimau yang dipandu seorang lelaki berusia 24 tahun dan dipercayai dalam keadaan mabuk telah terbabas masuk ke laluan bertentangan.

“Kedua-dua buah motosikal itu tidak sempat mengelak kereta tersebut lalu berlaku rempuhan yang menyebabkan pasangan suami isteri itu mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi.

“Penunggang Yamaha Lagenda terselamat, namun mengalami kecederaan di badan dan motosikalnya terbakar di lokasi,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sumber : KOSMO! ONLINE.

Dapatkan berita-berita terkini dan viral di page kami. Jangan lupa untuk menekan butang subscirbe, follow dan like di page rasmi kami :
Like : Facebook
Follow : Twitter
Subscribe : Youtube

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 8, 2023 3:56 pm

Latest Articles

Skip to toolbar