22.8 C
Malaysia
Thursday, December 7, 2023

Suami isteri dera anak saudara hingga maut direman

IPOH – Pasangan suami isteri direman selama seminggu sehingga Ahad depan selepas disyaki mendera anak saudara mereka hingga menyebabkan kematian kanak-kanak itu di Desa Pengkalan di sini, semalam.

Kedua-dua suspek berusia 40 tahun itu direman bermula hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Anis Hanini Abdullah di Mahkamah Majistret Ipoh di sini hari ini.

Terdahulu, suspek wanita yang memakai pakaian lokap berwarna jingga itu tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 9.15 pagi diikuti suaminya setengah jam kemudian dengan berpakaian baju-T biru dan seluar jeans.

Menerusi laporan media semalam, perbuatan pasangan suami isteri itu terbongkar selepas pegawai perubatan yang bertugas di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) menemukan kesan kecederaan disyaki didera pada tubuh kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun itu.

Berdasarkan siasatan polis, kedua-dua suspek merupakan penjaga mangsa dan adik lelakinya yang berusia enam tahun.

Sumber : KOSMO! ONLINE

Jangan lupa untuk menekan butang follow dan like di page rasmi kami di Facebook dan Twitter

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 7, 2023 2:32 am

Latest Articles

Skip to toolbar