22.1 C
Malaysia
Monday, May 29, 2023

Status Greenwood menjadi tanda tanya

Manchester United menegaskan tidak ada perubahan dalam status Mason Greenwood di kelab itu.

Pemain 20 tahun itu digantung sejak Januari selepas ditahan atas dakwaan menyerang dan merogol seorang wanita.

Dia dibebaskan dengan jaminan, dan kelab mengeluarkan kenyataan yang Greenwood tidak akan berada dalam senarai skuad sehingga kes itu selesai.

Bagaimanapun peminat mendapati nama Greenwood masih boleh dilihat di laman sesawang kelab – sekali gus menimbulkan spekulasi yang dia akan kembali diturunkan.

Man United terpaksa mengeluarkan kenyataan bagi menyangkal dakwaan berkenaan.

“Tidak ada perubahan berkenaan status Mason. Kami mengeluarkan profilnya daripada aplikasi kelab sejurus selepas dia dikeluarkan daripada skuad pada Januari.

“Ia bagi mengeluarkan Mason daripada elemen interaktif aplikasi itu, seperti ramalan pasukan.

“Bagaimanapun profilnya tidak pernah dikeluarkan daripada laman sesawang kerana dia masih kekal sebagai pemain Manchester United, walaupun tidak berada dalam skuad sementara kesnya dibicarakan,” kata United dalam satu kenyataan. – AGENSI

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
1FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
19,122
Total active cases
Updated on May 28, 2023 6:40 pm

Latest Articles

Skip to toolbar