Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan siasatan berhubung penjualan tanah yang diperuntukkan untuk pembangunan lapangan terbang antarabangsa di Seri Iskandar. Ketua SPRM Perak Mohd Fauzi Mohamad berkata ini susulan laporan ADUN Manjoi Asmuni Awi semalam. "Kami telah memulakan siasatan untuk mengenal pasti sama ada sebarang kesalahan dilakukan di bawah Akta SPRM 2009. SPRM akan memanggil beberapa individu untuk membantu siasatan tidak lama lagi," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini. Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan nama individu terbabit. Semalam, empat anggota Exco kerajaan negeri dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini termasuk Asmuni menggesa SPRM menyiasat kes penjualan tanah seluas 188 hektar milik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) kepada sebuah syarikat swasta. Mereka mendakwa perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat exco kerajaan negeri atau mesyuarat lembaga pengarah PNKP semasa pentadbiran PH. Khamis lalu, Saarani berkata tanah itu dijual ketika PH memerintah kerana semasa pentadbiran Barisan Nasional, tanah itu dikhaskan untuk PKNP bagi tujuan pembinaan lapangan terbang itu. Perkara itu terbongkar selepas ADUN Aulong Nga Kor Ming, semasa persidangan DUN Perak Selasa lalu, mendakwa tanah dijual tanpa kebenaran kerajaan negeri.
SPRM siasat penjualan tanah lapangan terbang Seri Iskandar
Covid-19
Malaysia
15,327
Total active cases
Updated on December 8, 2023 3:56 pm