Seorang peluncur salji Britain terselamat walaupun dia terjatuh lebih empat meter ke dalam rekahan tersembunyi di Pergunungan Alps dan berterima kasih kepada telefon bimbit miliknya.
Tim Blakey, 41, sedang bermain papan salji bersendirian di ketinggian 10,000 kaki di pergunungan sebelum jatuh, lapor 7news.com.au.
Blakely bernasib baik kerana dia terhempas di atas jambatan salji yang rapuh dan itu menghalangnya daripada jatuh lebih jauh.
Mujur dia sempat menghantar isyarat kecemasan dengan menekan lima kali butang pemula dan disambungkan kepada talian kecemasan serta memberikan lokasinya
“Terima kasih kepada Encik Apple dan kepada pembekal perkhidmatan kerana memberikan saya sambungan 3G dan tiga peratus bateri pada kedudukan lima meter di bawah ais,” katanya.
Ciri SOS kecemasan Apple kini disediakan pada semua iPhone.
Untuk mengaktifkannya, tekan butang pemula lima kali dengan cepat dan panggilan kecemasan boleh dibuat selama lapan saat.