New York: Buat julung kali, lebih 1,000 umat Islam berbuka puasa dan menghadiri solat tarawih di Times Square, New York City, Sabtu lalu, pada hari pertama Ramadan.
CBS melaporkan, penganjur acara itu mengagihkan 1,500 hidangan kepada mereka yang datang dari seluruh Amerika Syarikat (AS) selain dari Montreal, Kanada.
Mereka juga membaca ayat-ayat dari al-Quran dan bercakap mengenai kepentingan Ramadan.
Penganjur yang dikenali sebagai SQ berkata, mereka berada di situ untuk menerangkan kepada semua yang tidak tahu apa itu Islam.
“Islam adalah agama keamanan,” katanya.