21.7 C
Malaysia
Sunday, September 25, 2022

Sofia Raniya selamat ditemukan

Murid perempuan Sekolah Kebangsaan (SK) Midah 1, Cheras dekat sini, yang dilaporkan hilang pada petang hari ini sudah ditemui malam ini selepas dipercayai tersalah menaiki van sekolah.

Murid perempuan dikenali Sofia Raniya, 8, itu adalah anak ketiga daripada empat beradik.

Ibu kepada kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Ryana menerusi siaran langsung di Facebook mengesahkan anaknya kini berada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.

Dia bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang membantunya.

“Ada orang jumpa dia di Bandar Tun Razak dan kini ada di IPD Cheras,” katanya.

Dia sepatutnya mengambil anaknya pulang sekolah pada 5.50 petang tetapi terlewat disebabkan keadaan lalu lintas yang sesak menyebabkannya tiba pada 6.20 petang.

“Setiba saya di sekolah, anak saya sudah tiada di sekolah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar ketika dihubungi Bernama, malam ini mengesahkannya.

Muhammad Idzam berkata, kanak-kanak itu ditemui di Bandar Tun Razak, Cheras di sini.

Ketika ini, anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras sedang mengambil keterangan ibu kanak-kanak itu,” katanya.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

37FansLike
0FollowersFollow
31SubscribersSubscribe

Covid-19

Malaysia
25,717
Total active cases
Updated on September 24, 2022 4:22 pm

Latest Articles

Skip to toolbar